Thursday, September 18, 2008

Tips for everyone..



Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Today I would like to share some tips with u all. I got the tips from 1 blog that i can't remember the title. Personally i would like to thanks her for this such amazing tips (its working girls).. I haven't try all the tips yet but i believe 1 day when i get married i will stuck in the kitchen. And this tip will help me to be a "Superwife" Hahhaaha,i hope so. Ok,enjoy reading & enjoy trying.. :p

1) Terkena air panas
- Sekiranya anda terkena air panas, madu panas atau minyak panas semasa memasak, cepat-cepat siramkan
dengan air sejuk dengan kadar ASAP.

2) Menghilangkan kesan kunyit atau kotor pada blender
- Jika anda ingin menghilangkan kesan kuning kunyit di dalam blender, masukkan sedikit peluntur,bleach ke
dalam blender tersebut dengan sedikit air suam dan kisarkan air itu sehingga kesan kuning hilang.
- Anda juga boleh memasukkan dua sudu makan cuka dicampur dengan air panas ke dalam blender dan
kemudian kisarkan air tersebut. Bilas dengan air panas dan keringkan.



(Cara ini juga berkesan jika anda ingin menanggalkan kesan karat teh, kopi dan sebagainya pada cawan dan gelas atau pinggan. Masukkan peluntur di dalam air panas dalam bekas pilihan anda dan masukkan cawan atau gelas tersebut. Biarkan sehingga dakit atau karat itu hilang sendiri. Ini mengambil masa kuran sepuluh minit.
Selepas itu, bilas pinggan mangkuk anda dengan perahan limau nipis atau pun pencuci pinggan yang biasa anda gunakan. Lihatlah hasilnya.)

3) Masak lemak pecah minyak
- Jika ingin mengelakkan masak lemak anda pecah minyak dan berketul-ketul, pastikan api anda perlahan
sepanjang memasaknya. Atau jika ingin memasak dengan cepat, anda besarkan api dapur dan pastikan
sentiasa mengacau masak lemak tersebut sehingga sudah pekat kira-kira sepuluh minit dan kemudian
perlahankan api tersebut sehingga masak.

4) Menghilangkan hanyir ikan di dalam sup
- Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan sama beberapa sudu perahan limau
nipis. Sup anda tidak hanyir malah lebih sedap lagi.
- Sekiranya hanyir ikan melekat ditangan, lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan bilas. Memang hilang
bau hanyirnya.

5) Mengurangkan rasa pedas cili
- Untuk mengurangkan rasa pedas sambal tumis atau sambal belacan, masukkan beberapa potong tomato
dan tumbuk bersama-sama, ia tidak akan menjadi terlalu pedas malah anda tidak perlu lagi menambah
banyak air untuk menjadikan kuantitinya lebih banyak.

- Tambahkan juga sedikit gula dalam masakan bercili anda.

6) Ingin nasi tahan lebih lama
- Beras jika dicuci sekali sahaja maka nasi anda akan cepat basi. Tetapi, beras yang dibilas sekali ini
mempunyai lebih karbohidrat kerana kanjinya tidak hilang semasa dibasuh. Untuk mengelakkan nasi anda
cepat basi, pastikan nasi anda betul-betul kering airnya dan jika menggunakan periuk nasi elektrik, bilas
beras anda hingga bersih.

7) Mudah mengupas telur rebus
- Pastikan telur itu sudah sejuk. Andai mahu menggunakannya dengan kadar segera, pastikan anda mengupas
telur rebus yang panas itu di dalam air sejuk, jangan mengupasnya di udara.
- Ketukkan dulu telur untuk meretakkan keseluruhan kulitnya dan kemudian kupas di dalam air sejuk. Telur
itu akan licin dan cantik.

8) Mudah membersihkan bilik air/lantai
- Jika anda mengalami masalah dalam mencucui bilik air atau lantai yang lama tidak dicuci, masak air hingga
mendidih dan campurkan beberapa senduk garam.
- Setelah garam itu larut, siramkan air garam panas tadi ke tempat yang ingin anda cuci dan terus gosok lantai
tersebut. Selamat mencuba, lihat hasilnya.

9) Petua menyimpan lengkuas
- Jika anda tidak mahu lengkuas yang dibeli cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau
botol plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat. InsyaAllah ia akan tahan lebih lama.

10)Daun kari tahan lebih lama
- Jika suka membuat kari, pastikan daun kari itu anda basuh dan biarkan kering, kemudian leraikan daun kari
dari tangkainya dan masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk, insyaAllah ia akan
tahan lebih lama dan masih ada baunya.

11)Hilangkan bau durian dari peti sejuk
- Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda.
Bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau.

12)Daun pandan yang sentiasa segar
- Basuh dengan bersih dan bungkus daun pandan itu di dalam akhbar dan simpan dalam peti sejuk.

13)Petua-petua empukkan daging
- Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak.
- Selain itu, masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda.
- Juga gaulkan daging yang mahu dimasak degan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam,
kemudian baru dimasak.
- Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut.
- Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.
- Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.
*Gunakan mana-mana petua di atas. InsyaAllah akan menjadi.

14)Petua hilangkan bau hamis daging
- Rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis kemudian, barulah
dimasak mengikut resepi anda
- Cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging.

15) Menghalau lalatSemasa kenduri kendara
- Ambil dua batang lilin dan nyalakan. Letakkan di mana-mana tempat yang anda kehendaki.
- Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang mengerumuni tempat tersebut. Kemudian, letakkan daun
kari itu di dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan.
- Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat tersebut.
*Mana-mana petua ini boleh digunakan. InsyaAllah, lalat tersebut akan lari.

16)Petua memilih buah-buahan
Buah tembikai :
- Kulit yang licin.Pangkalnya gemuk, semakin kehujung warna kulitnya kekuningan.Tepuk sedikit dan jika
ianya berbunyi seakan-akan kosong maka ia sudah benar-benar masak dan manis insyaAllah.Jika sudah
dibelah, pastikan warnanya merah berseri dan tidak pucat.Bijinya pula perang tua atau hitam dan keras,
bukan putih atau agak lisut.

Nenas :
- Mata nenas sudah tidak timbul lagi.Jambulnya mudah ditanggalkan.Warna nenas itu asli sama ada kuning
tua, kuning keemasan atau kuning kemerah-merahan.

17)Cili kering mesin tahan lebih lama
- Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar bercendawan dengan cepat, kisarkan cili anda dengan sedikit
minyak masak. Kemudian, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya.
Sejukkan. Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.

18)Santan tahan lama
- Jika membeli santan peket, terus simpan di dalam peti sejuk dan jika memerah kelapa, pastikan anda
menggunakan air masak. Masukkan santan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam dan masak di atas api
sederhana hingga pecah minyak. Santan akan tahan lebih lama sehingga dua atau tiga hari.

Ok girls thats all for today. Hopefully all these tips will help u & i in the future. See u again.. Tata!!

No comments: