Friday, September 19, 2008

Jom Borak2..

Dear kwn2..

Hr ni sudah 19hr kite berpuasa.. Cepat sungguh masa berlalukn. 2 la skrg ni ms yg mengejar kite bkn kite yg mengejar ms. Esk dah hrp sabtu,ape perncgn adik2,kakak2 semua? Mmm,mesti nak g shoppingkn??

Kalau ikutkan Nia pun nak g shopping. Tapi ape kan daya,blum gaji la pulak.

Tadi nia ade meeting.. Selalunyer klau meeting Nia la yg pling ngantuk,pling boring mdgr detail2 meeting 2. Tapi hari ini Nia x leh nak ngntuk2,boring2.. Nak tau knp? Sbb td boss besar pun join meeting skali darrr...
(Xkn nk ngtuk2,nk mmpuih? Hahahah).


Kalau nak tau,boss nia yg 2 la yg pling ditakuti bbanding boss2 yg lain. Bkn Nia sorg je takut tapi blh dktakn smua org pun tkt kat diala. Sbb muke dia serius,grg.. Suara plk suara tegas,kasar pun ade kekdg. Maklumla bekas askar.


Tapi masa nia meeting td brula nia tpikir,sbnrnyer boss 2 bknla truk sgt. Bak kate org klau kite pkir org 2 jhat,maka jhatla jdnya. Disebabkan kite dok pkir dia grg,maka grgla dia pd kite. Padahal dah mmg cra dia cam 2. Kata pun bekas askar. Cume kalau la dia blh lembut skit mgkn staff x tkut kat dia. Emmm,ape2 jela.


Okla,memandangkan Nia dah mbebel lame ni msti u all smua boringkn... Tapi xpe,hari ni Nia nak shre resepi utk kite msk ptg ni... Nak tau resepi ape? Sila la scroll ke bwh.. Enjoyyyyy...


Pajeri Nenas









Bahan-bahan
· 1 biji nenas masak/muda
· 6 sudu besar cili kering yg telah di blend
· 5 biji bawang merah (ditumbuk)
· 1 biji bawang putih yg besar(ditumbuk)
· 1 inci halia(ditumbuk)
· 1 kuntum bunga lawang dan 1.5 inci kayu manis
· 2 sudu besar kerisik
· 1 sudu besar udang kering(ditumbuk)


Cara-cara
1. Nenas dipotong kecil
2. Tumis bahan yg telah ditumbuk dan masuk kan kayu manis dan bunga lawang
sampai naik bau
3. Kemudian masukkan cili kering yg telah dikisar sampai masak dan selepas itu
masukkan nenas dan masak kan sehingga layu sedikit.
4. masuk kan 1/4 cawan air dan masukkan kerisik. Akhir sekali masuk sedikit
garam, gula dan serbuk perasa
5. Biarkan ia kering sedikit..kemudian bole dihidang.


Ayam Masak Merah











Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1/2 ekor ayam

  • sedikit garam kunyit
    ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya
  • Cara-cara
    Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  • Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  • Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.



Ok kawan2.. Selamat mencuba...

Thursday, September 18, 2008

Tips for everyone..



Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Today I would like to share some tips with u all. I got the tips from 1 blog that i can't remember the title. Personally i would like to thanks her for this such amazing tips (its working girls).. I haven't try all the tips yet but i believe 1 day when i get married i will stuck in the kitchen. And this tip will help me to be a "Superwife" Hahhaaha,i hope so. Ok,enjoy reading & enjoy trying.. :p

1) Terkena air panas
- Sekiranya anda terkena air panas, madu panas atau minyak panas semasa memasak, cepat-cepat siramkan
dengan air sejuk dengan kadar ASAP.

2) Menghilangkan kesan kunyit atau kotor pada blender
- Jika anda ingin menghilangkan kesan kuning kunyit di dalam blender, masukkan sedikit peluntur,bleach ke
dalam blender tersebut dengan sedikit air suam dan kisarkan air itu sehingga kesan kuning hilang.
- Anda juga boleh memasukkan dua sudu makan cuka dicampur dengan air panas ke dalam blender dan
kemudian kisarkan air tersebut. Bilas dengan air panas dan keringkan.



(Cara ini juga berkesan jika anda ingin menanggalkan kesan karat teh, kopi dan sebagainya pada cawan dan gelas atau pinggan. Masukkan peluntur di dalam air panas dalam bekas pilihan anda dan masukkan cawan atau gelas tersebut. Biarkan sehingga dakit atau karat itu hilang sendiri. Ini mengambil masa kuran sepuluh minit.
Selepas itu, bilas pinggan mangkuk anda dengan perahan limau nipis atau pun pencuci pinggan yang biasa anda gunakan. Lihatlah hasilnya.)

3) Masak lemak pecah minyak
- Jika ingin mengelakkan masak lemak anda pecah minyak dan berketul-ketul, pastikan api anda perlahan
sepanjang memasaknya. Atau jika ingin memasak dengan cepat, anda besarkan api dapur dan pastikan
sentiasa mengacau masak lemak tersebut sehingga sudah pekat kira-kira sepuluh minit dan kemudian
perlahankan api tersebut sehingga masak.

4) Menghilangkan hanyir ikan di dalam sup
- Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan sama beberapa sudu perahan limau
nipis. Sup anda tidak hanyir malah lebih sedap lagi.
- Sekiranya hanyir ikan melekat ditangan, lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan bilas. Memang hilang
bau hanyirnya.

5) Mengurangkan rasa pedas cili
- Untuk mengurangkan rasa pedas sambal tumis atau sambal belacan, masukkan beberapa potong tomato
dan tumbuk bersama-sama, ia tidak akan menjadi terlalu pedas malah anda tidak perlu lagi menambah
banyak air untuk menjadikan kuantitinya lebih banyak.

- Tambahkan juga sedikit gula dalam masakan bercili anda.

6) Ingin nasi tahan lebih lama
- Beras jika dicuci sekali sahaja maka nasi anda akan cepat basi. Tetapi, beras yang dibilas sekali ini
mempunyai lebih karbohidrat kerana kanjinya tidak hilang semasa dibasuh. Untuk mengelakkan nasi anda
cepat basi, pastikan nasi anda betul-betul kering airnya dan jika menggunakan periuk nasi elektrik, bilas
beras anda hingga bersih.

7) Mudah mengupas telur rebus
- Pastikan telur itu sudah sejuk. Andai mahu menggunakannya dengan kadar segera, pastikan anda mengupas
telur rebus yang panas itu di dalam air sejuk, jangan mengupasnya di udara.
- Ketukkan dulu telur untuk meretakkan keseluruhan kulitnya dan kemudian kupas di dalam air sejuk. Telur
itu akan licin dan cantik.

8) Mudah membersihkan bilik air/lantai
- Jika anda mengalami masalah dalam mencucui bilik air atau lantai yang lama tidak dicuci, masak air hingga
mendidih dan campurkan beberapa senduk garam.
- Setelah garam itu larut, siramkan air garam panas tadi ke tempat yang ingin anda cuci dan terus gosok lantai
tersebut. Selamat mencuba, lihat hasilnya.

9) Petua menyimpan lengkuas
- Jika anda tidak mahu lengkuas yang dibeli cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau
botol plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat. InsyaAllah ia akan tahan lebih lama.

10)Daun kari tahan lebih lama
- Jika suka membuat kari, pastikan daun kari itu anda basuh dan biarkan kering, kemudian leraikan daun kari
dari tangkainya dan masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk, insyaAllah ia akan
tahan lebih lama dan masih ada baunya.

11)Hilangkan bau durian dari peti sejuk
- Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda.
Bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau.

12)Daun pandan yang sentiasa segar
- Basuh dengan bersih dan bungkus daun pandan itu di dalam akhbar dan simpan dalam peti sejuk.

13)Petua-petua empukkan daging
- Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak.
- Selain itu, masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda.
- Juga gaulkan daging yang mahu dimasak degan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam,
kemudian baru dimasak.
- Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut.
- Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.
- Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.
*Gunakan mana-mana petua di atas. InsyaAllah akan menjadi.

14)Petua hilangkan bau hamis daging
- Rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis kemudian, barulah
dimasak mengikut resepi anda
- Cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging.

15) Menghalau lalatSemasa kenduri kendara
- Ambil dua batang lilin dan nyalakan. Letakkan di mana-mana tempat yang anda kehendaki.
- Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang mengerumuni tempat tersebut. Kemudian, letakkan daun
kari itu di dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan.
- Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat tersebut.
*Mana-mana petua ini boleh digunakan. InsyaAllah, lalat tersebut akan lari.

16)Petua memilih buah-buahan
Buah tembikai :
- Kulit yang licin.Pangkalnya gemuk, semakin kehujung warna kulitnya kekuningan.Tepuk sedikit dan jika
ianya berbunyi seakan-akan kosong maka ia sudah benar-benar masak dan manis insyaAllah.Jika sudah
dibelah, pastikan warnanya merah berseri dan tidak pucat.Bijinya pula perang tua atau hitam dan keras,
bukan putih atau agak lisut.

Nenas :
- Mata nenas sudah tidak timbul lagi.Jambulnya mudah ditanggalkan.Warna nenas itu asli sama ada kuning
tua, kuning keemasan atau kuning kemerah-merahan.

17)Cili kering mesin tahan lebih lama
- Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar bercendawan dengan cepat, kisarkan cili anda dengan sedikit
minyak masak. Kemudian, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya.
Sejukkan. Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.

18)Santan tahan lama
- Jika membeli santan peket, terus simpan di dalam peti sejuk dan jika memerah kelapa, pastikan anda
menggunakan air masak. Masukkan santan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam dan masak di atas api
sederhana hingga pecah minyak. Santan akan tahan lebih lama sehingga dua atau tiga hari.

Ok girls thats all for today. Hopefully all these tips will help u & i in the future. See u again.. Tata!!

Wednesday, September 17, 2008

Hello again.. I would like to say happy fasting to all muslim & happy celebrating Hari Raya (just around the corner huh?). How is ur preparation? Baju raya dah siap?? Kuih dah bakar? Hehehhe.. Dont be like me.. from day 1 fasting i already prepared all the cookie stuffs.. Im excited to baked my own cookies this year. But to be honest I'm excited about lots of thing lately especially about my dream cake house. Hopefully my dream will come true just like u guys.. Opps i meant girls.. Anyway,welcome 2 my blog once again. I will come back to update this blog as frequent as i can. Until that do take cre of ur self.. To those who balik kg,pls3x drive crefully.. Till we meet again. Selamat Hari Raya Aidilfitri. :)

Welcome


Welcome to all viewers.. My name Nia,still new in blogging world. I have a lots in mind to share with you guys/girls. Wait for my new post.. Tata!!